70 ditahan susulan protes reformasi pencen di Paris


Pada awal Isnin, penunjuk perasaan dan polis bertelagah selepas dua undi tidak percaya terhadap kerajaan berhubung pembaharuan pencen. – Gambar AFP, 21 Mac 2023.

POLIS menahan 70 orang di Paris pada petang Isnin yang membantah pelaksanaan pembaharuan skim pencen oleh Perhimpunan Kebangsaan Perancis (Dewan Rakyat), lapor BFMTV memetik sumber polis.

Pada awal Isnin, penunjuk perasaan dan polis bertelagah selepas dua undi tidak percaya terhadap kerajaan berhubung pembaharuan pencen.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne mengumumkan kerajaan menerima pakai undang-undang untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun mengikut Perkara 49.3 perlembagaan yang membenarkan rang undang-undang itu diluluskan tanpa kelulusan Parlimen.

Keputusan itu mencetuskan bantahan meluas dan mendorong orang ramai turun ke jalan raya di seluruh negara, dan pada Khamis sahaja lebih 300 orang ditahan. – Bernama, 21 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen