Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya


Kemboja larang penjualan dan minum semua jenis alkohol pada 22 dan 23 Julai ini sempena pilihan raya umum di negara itu. – Gambar AFP, 21 Julai 2023.

KERAJAAN Kemboja mengeluarkan arahan melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena pilihan raya umum di negara Asia Tenggara itu.

Ditandatangani oleh Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan dikeluarkan kepada media pada Jumaat, arahan itu bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya pada 23 Julai berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen