SYARIKAT penerbangan tambang rendah Ireland Ryanair menerbangkan 17.4 juta penumpang pada Jun, meningkat sebanyak sembilan peratus tahun ke tahun dan mencatat rekod trafik bulanan tertinggi sejak pelancaran syarikat itu pada 1985, menurut syarikat penerbangan itu pada Selasa.
Pada Jun Ryanair mengendalikan lebih 96,000 penerbangan, lapor Xinhua.
Syarikat itu memaklumkan ia boleh mengendalikan lebih banyak penumpang pada bulan lepas tetapi terpaksa membatalkan lebih 900 penerbangan terutamanya disebabkan mogok di pusat kawalan trafik udara.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini Ryanair menerbangkan 85.4 juta penumpang, 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama 2022.
Perkhidmatan Ryanair kebanyakannya melakukan penerbangan jarak dekat di Eropah dan Afrika Utara. – Bernama, 5 Julai, 2023.
Komen