SYARIKAT induk Facebook Meta memberhentikan hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland pada Khamis.
Gergasi teknologi Amerika Syarikat itu telah memaklumkan kerajaan di Dublin tentang pemberhentian tersebut.
Kira-kira 2,500 orang berkhidmat untuk Meta di Dublin, di mana syarikat itu mempunyai pangkalan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.
Pemberhentian itu adalah sebahagian daripada “downsizing” yang diarahkan ketua pegawai eksekutif Meta Mark Zuckerberg pada Mac. – Bernama, 25 Mei 2023.
Komen