Tentera Ukraine gagal tembusi pertahanan Rusia di Donetsk 


Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, tentera Ukraine telah melancarkan serangan berskala besar di lima lokasi di sepanjang selatan Donestk.– Gambar EPA, 5 Jun, 2023.

TENTERA Ukraine telah melancarkan serangan berskala besar di lima lokasi di sepanjang selatan Donestk tetapi gagal menembusi pertahanan Rusia, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad.

Dalam taklimat media, Igor Konashenkov memberi maklumat tentang serangan yang dilancarkan beberapa briged tentera Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

“Pada pagi 4 Jun, dengan sokongan unit-unit ketenteraan lain, musuh melancarkan serangan berskala besar di lima kawasan di sepanjang selatan Donestk,” katanya.

Konashenkov berkata Ukraine menggunakan enam batalion berjentera dan dua batalion kereta kebal dalam serangan terbabit bagi menembusi pertahanan Rusia dari titik paling lemah, tetapi gagal melaksanakan misi itu. – Bernama, 5 Jun, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen