Instagram alami masalah di seluruh dunia 


92% daripada gangguan Instagram berlaku pada aplikasi, 6% di laman sewangan dan 2% pada log masuk. – Gambar EPA, 22 Mei, 2023.

INSTAGRAM mengalami gangguan global dengan lebih 50,000 pengguna melaporkan isu itu sejurus sebelum 11 malam Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Down Detector, sebuah laman web yang menjejaki gangguan, menerima 56,628 laporan sekitar 11 malam (2200 GMT).

Peta lokasi Down Detector menunjukkan gangguan berlaku di seluruh United Kingdom selain Amerika Syarikat dan Australia.

Pemilik Instagram, Meta belum menangani gangguan atau menyatakan bila Instagram akan kembali pulih.

Menurut Down Detector, 92% daripada gangguan berlaku pada aplikasi, 6% di laman sewangan dan 2% pada log masuk.

Pengguna tidak boleh memuat semula suapan Instagram mereka.

Instagram mengalami gangguan pada 9 Mac di mana beribu-ribu pengguna melaporkan isu yang sama. – Bernama, 22 Mei, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen