Rusia sekat Instagram, dakwa Meta benar seruan keganasan terhadap rakyatnya


Aplikasi Instagram telah disekat oleh Moscow berikutan syarikat induknya Meta membenarkan seruan keganasan terhadap rakyat dan tentera Rusia. – Gambar EPA, 14 Mac, 2022.

INSTAGRAM tidak dapat diakses di Rusia pada Isnin selepas Moscow menuduh syarikat induknya Meta membenarkan seruan keganasan terhadap warga Rusia, termasuk tentera, di platformnya.

Tindakan itu dibuat selepas Facebook dan Twitter disekat pada awal Mac sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh Moscow untuk mengawal maklumat yang tersedia kepada Rusia mengenai operasi ketenteraannya di Ukraine.

Instagram muncul sebagai “terhad” dalam senarai yang diterbitkan pengawal selia media Rusia Roskomnadzor.

Aplikasi Instagram tidak dapat disegarkan tanpa VPN, kata wartawan AFP.

Facebook dan Instagram digunakan secara meluas di Rusia, yang mana Instagram merupakan platform media sosial paling popular di kalangan anak muda Rusia.

Bagi kebanyakan perniagaan kecil Rusia, Instagram menjadi platform utama pengiklanan, pemprosesan jualan dan berkomunikasi dengan pelanggan. – AFP, 14 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen