Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab serangan maut Mali


Tentera Mali meronda di Diabaly, Mali. – Gambar EPA, 26 April, 2023.

KUMPULAN militan yang bergabung dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman berani mati di Mali dengan berkata puluhan askar dan “tentera upahan” Rusia terbunuh atau cedera.

The Support Group for Islam and Muslims (GSIM) membuat pengakuan itu dalam satu kenyataan yang disahkan pada Selasa oleh kumpulan perisikan AS, mengakui kematian 15 ahlinya dalam serbuan di Sevare pada Sabtu.

Kerajaan Mali mengumumkan pada Ahad seramai 10 orang awam dan tiga tentera mati dan puluhan militan terbunuh, dalam gelombang pertumpahan darah yang sebelum ini disifatkan sebagai kebangkitan semula “insiden pengganas”.

Dua pegawai dan sumber diplomatik berkata sasaran serangan itu adalah sebuah kem yang menempatkan askar tempur Rusia.

Junta Mali mula bekerjasama dengan apa yang dipanggil pengajar Rusia daripada kumpulan Wagner pada 2022.

GSIM berkata ia melancarkan dua bom kereta yang memusnahkan sebahagian lapangan terbang di Sevare, diikuti dua jam pertempuran.

GSIM juga berkata beberapa orang awam maut apabila tentera menyerang salah satu kenderaan mereka.

Dalam kenyataan berasingan yang disahkan, GSIM berkata tenteranya membunuh 10 lagi askar Mali dalam satu serangan hendap pada Sabtu antara Marja dan Nara, di wilayah Koulikoro.

Pegawai Nara mengesahkan serangan dengan tentera dan berkata “tempat perlindungan pengganas” dimusnahkan, tetapi tiada jumlah kematian diberikan.

Minggu lalu, delegasi rasmi Mali diserang hendap berhampiran Nara dan ketua junta Assimi Goita terbunuh bersama sekurang-kurangnya tiga yang lain. GSIM juga mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu.

Mali bergelut dengan krisis keselamatan sejak pemberontakan militan dan pemisah meletus di utara negara itu pada 2012.

Sejak Ogos 2020 ia diperintah oleh junta tentera, yang memecahkan pakatan lama dengan Perancis dan rakan kongsi Barat yang lain dalam memerangi militan dan beralih kepada Rusia untuk meminta bantuan. – AFP, 26 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen