Pasukan pengaman PBB cedera parah serangan Mali


Seorang tentera pengaman PBB parah selepas konvoi dinaikinya terlanggar periuk api sebelum ditembak di wilayah Gao, Mali, pada Ahad. – Gambar AFP, 5 September, 2022.

SEORANG pengaman PBB cedera parah pada Ahad dalam serangan ke atas konvoi di utara Mali, kata misi pengaman PBB di Mali.

Konvoi itu terlanggar periuk api sebelum ditembak di wilayah Gao, kata MINUSMA dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan kerakyatan pasukan pengaman yang cedera itu.

Mali telah memerangi pemberontakan pemisah dan jihad sejak 2012.

Keganasan yang bermula di utara dan kemudian merebak ke tengah negara telah membunuh beribu-ribu orang awam dan tentera, selain menyebabkan ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

MINUSMA – Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Mali—telah dilancarkan pada 2013.

Ia merupakan salah satu operasi pengaman terbesar PBB, dengan lebih 17,000 tentera, polis, orang awam dan sukarelawan dikerahkan setakat Mei, menurut laman web misi itu.

Negara Sahel telah diperintah oleh junta tentera sejak 2020. – AFP, 5 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen