Lyft bakal buang lebih ramai pekerja


Lyft, pesaing Uber di Amerika Utara mengumumkan akan membuang lebih ramai pekerja pada minggu depan. – Gambar AFP, 22 April, 2023.

PERKHIDMATAN perkongsian pengangkutan AS, Lyft, pada Jumaat memaklumkan pekerjanya yang syarikat merancang untuk mengurangkan pekerja bagi mengurangkan kos.

“Kita perlukan syarikat yang lebih pantas, lebih kecil,” kata Ketua Eksekutif Lyft David Risher dalam satu email dimuatnaik ke laman webnya.

“Kita akan mengurangkan secara signifikan saiz pasukan dalam sebahagian penstrukturan bagi memberi lebih tumpuan untuk memenuhi keperluan penumpang dan pemandu,” tambahnya.

Lyft akan memberi notis kepada pekerjanya minggu hadapan samada mereka masih mempunyai pekerjaan dengan syarikat berpengkalan di San Francisco itu yang akan menutup semua pejabatnya pada hari tersebut, kata Risher.

Lyft merancang untuk menggunakan wang penjimatan untuk memastikan harganya lebih berdaya saing, meningkatkan tempoh masa pengambilan dan memberikan insentif lebih baik kepada pemandu, menurut ketua eksekutifnya.

Lyft adalah pesaing Uber di Amerika Utara.

Kedua-dua syarikat dalam fasa pemulihan selepas kejatuhan perkhidmatan sepanjang pandemik apabila kemelut ekonomi memaksa syarikat teknologi mengambil langkah penjimatan.

Lyft sudahpun membuang ramai pekerjanya pada hujung tahun lepas. – AFP, 22 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen