TIGA peminat bola sepak Jerman dan lima penduduk tempatan ditahan berikutan pertempuran dengan polis di Naples sebelum dan selepas kemenangan Napoli dalam Liga Juara-Juara ke atas Eintracht Frankfurt, kata seorang pegawai tempatan Alessandro Giuliano semalam.
“Lapan mereka kemudiannya dilarang dari memasuki stadium Naples antara lima dan lapan tahun.
“Enam pegawai polis cedera dalam keganasan pada petang Rabu itu,” katanya.
Rusuhan pertama berlaku di pusat bersejarah itu pada sebelah petang dan berterusan selepas perlawanan.
Bom asap dan suar, kerusi, botol dan tiang logam dilemparkan ke arah polis yang bertindak balas dengan gas pemedih mata.
Kemudian media Itali merakamkan tindakan peminat Napoli melemparkan objek ke arah bas yang membawa peminat Eintracht.
Polis sedang mengenal pasti 470 peminat Jerman yang tinggal di bandar itu dan memeriksa imej untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab terhadap rusuhan berkenaan, Giuliano memberitahu sidang akhbar.
Berpuluh-puluh penyokong Atalanta yang mempunyai sejarah konflik dengan peminat Napoli bergabung dengan penyokong pasukan Jerman.
Datuk Bandar Naples Gaetano Manfredi mengutuk keganasan yang “tidak boleh diterima” manakala ahli politik pembangkang mempersoalkan pengendalian kerajaan terhadap situasi itu terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi. – AFP, 17 Mac, 2023.
Komen