Seorang maut, 60 cedera rempuhan stadium bola sepak Iraq


Sebahagian daripada mereka yang cedera akibat rempuhan di kawasan stadium di selatan Iraq berada dalam keadaan kritikal. – Gambar AFP, 20 Januari 2023.

SEORANG terbunuh manakala 60 yang lain cedera dalam rempuhan di kawasan stadium di selatan Iraq, ketika peminat bola sepak membanjiri kawasan itu untuk menonton aksi pasukan kebangsaan mereka pada Khamis.

Agensi berita Iraq memetik sumber perubatan bahawa sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Iraq bertemu Oman dalam perlawanan akhir Piala Teluk Arab di Bandaraya Basra.

Video dalam talian menunjukkan orang ramai di luar stadium.

Dua minggu lepas, presiden FIFA Gianni Infantino menghadiri perlawanan pembukaan Piala Teluk Arab ke-25 di Basra.

Iraq menganjurkan kejohanan lapan pasukan itu buat kali pertama sejak 1979. – Bernama, 20 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen