Najib dan Shafee membisu, PH ambil tindakan undang-undang


Wan Azizah menyifatkan Najib dan Shafee yang berdiam diri dalam dakwaan bayaran kes Anwar tidak memuaskan hati rakyat Malaysia. - Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2017.

KETIKA Perdana Menteri Najib Razak dan peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah terus berdiam diri tentang dakwaan Sarawak Report mengenai pemindahan RM9.5 juta, Pakatan Harapan sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang untuk mendedahkan kebenaran.

Ketua pembangkang dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata majlis presiden PH akan membincangkan dakwaan terbaru dilakukan Sarawak Report itu semasa pertemuan akan datang Jumaat depan, termasuklah tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk mendedahkan kebenaran.

Katanya tindakan berdiam diri itu sangat dikesali dan tidak mencukupi untuk memuaskan hati rakyat Malaysia apatah lagi dengan “alasan remeh” yang diberikan menteri Nazri Abdul Aziz mengenai hal itu.

Alasan Nazri, katanya, tidak menjawab persoalan utama, iaitu mengapa dana SRC International berada dalam akaun peribadi Najib dan mengapa RM9.5 juta dibayar kepada Shafee.

“Tanpa jawapan jelas dan tepat daripada Najib, dakwana ini menimbulkan tandatanya apakah dana ini berkait kes fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim.

“Apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes fitnah 2 yang menerima Najib serupa yang diterima Shafee? Pada masa yang sama, dakwaan ini menimbulkan persoalan sama ada Najib melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) 2014?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarawak Report melaporkan dalam rencananya bertajuk “Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Sludh Fund WHY?” pada 31 Mei yang mendakwa Shafee adalah “penerima individu terbesar wang daripada akaun Najib yang mempunyai kaitan dengan 1MDB”.

Laman sesawang itu mendakwa Najib membayar Shafee RM5.2 juta pada Febuari 2014 dan RM 4.3 juta pada September 2013.

Wang itu, dakwa Sarawak Report, adalah daripada akaun bank “yang dikenalpasti menerima dana menggunakan duit yang dirompak perdana menteri melalui anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC, yang meminjam hampir RM4 bilion daripada tabung pencen penjawat awam KWAP”.

Sarawak Report berkata yang RM5.2 juta yang didakwa diterima Shafee pada Febuari 2014 dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tidak bersalah pada tahun 2012 dalam dakwaan liwat kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Shafee dilantik sebagai pendakwaraya awam semasa rayuan menentang keputusan tidak bersalah ketua umum PKR itu dalam dakwaan liwat terbaru pada 2014.

Sayap pemuda PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada hujung minggu lepas membuat beberapa laporan polis mengenai dakwaan itu bagi mendesak siasatan polis dimulakan.

Ketika Najib dan Shafee terus mendiamkan diri, Nazri dilaporkan berkata tidak kisah samada Najib membayar Shafee atau tidak, kerana ia tidak memberi kesan kepada perbicaraan itu.

Ahli majlis tertinggi Umno itu berkata yang bayaran kepada pendakwaraya dalam kes itu tidak menjadi pemberat dalam keputusan mahkamah. – 4 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen