GEMPA bumi berukuran 6.2 magnitud melanda wilayah terpencil New Britain di Papua New Guinea hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Gempa bumi itu mempunyai kedalaman 38 kilometer (23 batu) dan direkodkan di wilayah kepulauan New Britain Barat yang kurang penduduk, kata USGS,
Gegaran itu dirasai di sebuah Pusat Peranginan Ladang Walindi berhampiran bandar Kimbe kira-kira 80 kilometer dari gempa itu tetapi ia disifatkan oleh seorang pekerja sebagai tidak terlalu teruk.
“Tiada siapa yang terjejas, ia bergegar, tetapi tiada kerosakan,” kata pekerja resort Vanessa Hughes kepada AFP. – AFP, 26 Februari, 2023.
Komen