GEMPA bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan timur Papua New Guinea pada awal pagi Ahad, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS berkata gempa berlaku pada kedalaman 19 kilometer (km) pada jam 2.05 pagi waktu tempatan.
Kejadian berlaku kira-kira 200km dari pantai Wilayah New Britain, katanya.
USGS berkata setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa atau amaran tsunami dikeluarkan.
Papua New Guinea terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan panas bagi aktiviti seismik disebabkan oleh geseran antara plat tektonik. – AFP, 9 Januari, 2022.
Komen