10 maut, 23 cedera rusuhan di Highland Papua


Sebuah pesawat terbakar selepas dibakar di wilayah Papua di Indonesia oleh pejuang kemerdekaan Papua. – Gambar Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat, 24 Februari, 2023.

JUMLAH mangsa yang terkorban dalam insiden rusuhan di Highland Papua, Indonesia meningkat kepada 10 orang pada Jumaat dengan 23 orang lagi cedera, menurut polis tempatan.

Jurucakap polis wilayah Papua Ignatius Benny Ady Prabowo berkata rusuhan di wilayah yang baharu diwujudkan itu dicetuskan oleh khabar angin mengenai seorang kanak-kanak diculik.

Sebanyak 21 rumah dan kedai di provinsi Jayawijaya dibakar pada Khamis, kata jurucakap itu, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata anggota polis dan tentera berjaya mengawal keadaan beberapa jam selepas rusuhan meletus. – Bernama, 24 Februari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen