Gempa bumi 6.1 magnitud goncang Papua, Indonesia


Gempa bumi 6.1 magnitud pada skala Richter landa wilayah Papua di Indonesia pagi ini. – Gambar fail EPA, 10 September, 2022.

GEMPA bumi 6.1 magnitud pada skala Richter landa wilayah Papua di Indonesia pagi ini, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia disusuli gempa kedua berukuran 5.8 pada skala Richter beberapa minit kemudian, kata USGS.

Kejadian berlaku kira-kira 272km dari bandar Abepura, pada kedalaman 15km.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Pada Januari 2021, gempa pada 6.2 skala Richter menggoncang Sulawesi menyebabkan lebih 100 orang maut, manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal. – AFP, 10 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen