Mayat lelaki ditemukan dipercayai lemas 


SATU mayat lelaki ditemukan di kunci air Sungai Kerdas, Gombak, di Kuala Lumpur, hari ini dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang, Batu 12, pada Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat ditemukan pada 10.34 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa mandi-manda.

Ahad lepas, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pisang, Gombak manakala rakannya terselamat. – Bernama, 14 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen