Lelaki dikhuatiri lemas di Gombak


SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak, Selangor petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 petang sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada jam 7.30 malam.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.

“Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam satu kenyataan. – Bernama, 12 Februari, 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen