Uganda berjaya basmi wabak Ebola


Pada Sabtu lalu, Uganda secara rasmi menarik balik sekatan Ebola di daerah Kassanda dan Mubende yang menjadi pusat penularan wabak. – Gambar AFP, 21 Disember, 2022.

PRESIDEN Uganda Yoweri Museveni mengumumkan bahawa negara ini sudah berupaya membasmi wabak Ebola yang melanda negara ini pada September lalu, lapor Agensi Anadolu. 

‘‘Tiada lagi Ebola di negara ini. Kami sudah membasmi Ebola kerana orang ramai telah mula sedar mengenai wabak itu,” kata beliau dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen dan radio.

Beliau turut berterima kasih kepada petugas perubatan yang bekerja tanpa jemu untuk menamatkan wabak itu dan berjanji untuk menganugerahkan pingat kepada mereka.

Sabtu lalu, Naib Presiden Jessica Alupo secara rasmi menarik balik sekatan Ebola di daerah Kassanda dan Mubende yang menjadi pusat penularan wabak. 

Daerah Mubende tidak mendaftarkan sebarang kes baharu yang disahkan selama 37 hari dan Kassanda selama 40 hari. 

Presiden Museveni berkata jumlah kumulatif orang yang dijangkiti Ebola ialah 142 manakala 86 telah sembuh dan 56 kematian direkodkan. – Bernama, 21 Disember, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen