Anwar umum Zahid, Fadillah timbalan perdana menteri


Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengumumkan beliau akan mengetuai portfolio kewangan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 2 Disember, 2022.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi kembali ke Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pertama digandingi Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai timbalan perdana menteri kedua.

Pelantikan kedua-duanya antara 28 menteri yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada malam ini.

Anwar turut mengumumkan beliau akan mengetuai portfolio kewangan.

Senarai itu turut menyertakan bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang tewas di kerusi Kuala Selangor ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga mengumumkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang gagal mempertahankan kerusi Kulim Bandar Baharu sebagai menteri dalam negeri.

Berikut senarai penuh anggota jemaah menteri diumumkan Anwar:

Perdana Menteri (Menteri Kewangan): Anwar Ibrahim

TPM1 (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah): Ahmad Zahid Hamidi

TPM2 (Menteri Perladangan dan Komoditi): Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir

Menteri Pelancongan: Tiong King Sing

Menteri Komunikasi dan Digital: Fahmi Fadzil

Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara: Aaron Ago Dagang

Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh

Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa

Menteri Sumber Manusia: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali. – 2 Disember, 2022. 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen