MB Kelantan harap Putrajaya kekal hubungan baik dengan kerajaan negeri


Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berharap kerajaan Anwar Ibrahim dapat kekalkan hubungan baik dengan kerajaan negerinya demi kesejahteraan rakyat Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2022.

KELANTAN berharap kerajaan di bawah pimpinan baharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim dapat mengekalkan hubungan yang baik dan semangat federalisme demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata walaupun berlainan pentadbiran antara negeri dan persekutuan namun segala peruntukan bantuan dan projek kepada negeri itu perlu diteruskan.

“Mana-mana kerajaan yang mengambil alih (kepimpinan) dia akan ambil alih semua, bukan untuk hari ini sahaja kerana ia adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri mengikut lunas-lunas perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Darul Naim di Tunjong, di Kota Bharu hari ini. – Bernama, 26 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen