Pertunjukan sarkas 24 jam di Kemboja pecah rekod dunia Guinness


Seramai 90 penghibur termasuk profesional sekolah serta penghibur dari organisasi Phare, The Cambodian Circus mempamerkan persembahan. – Gambar AFP, 22 November, 2022.

SEBUAH sekolah seni di Kemboja memecahkan Rekod Dunia Guinness menerusi pertunjukan sarkas selama 24 jam, 10 minit, 30 saat.

United Press International (UPI) melaporkan pegawai di Phare Ponleu Selpak sebuah sekolah seni di Kemboja berkata idea untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness itu tercetus apabila sekolah itu terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.

Seramai 90 penghibur termasuk profesional sekolah serta penghibur dari organisasi Phare, The Cambodian Circus mempamerkan persembahan yang menampilkan magis, akrobatik, tarian, badut, muzik, liuk badan dan banyak lagi sepanjang masa lebih sehari itu.

Sarkas itu dipentaskan pada Mac 2021 namun Rekod Dunia Guinness mengambil masa lebih setahun untuk menyemak bukti dan mengesahkannya serta mengumumkannya secara rasmi bulan ini, menurut UPI. – Bernama, 22 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen