Istiklal Avenue Istanbul dibuka kepada pejalan kaki selepas letupan


Seramai enam orang maut manakala 81 yang lain cedera dalam letupan di Istiklal Avenue di Istanbul. – Gambar AFP, 13 November, 2022.

ISTIKLAL Avenue Istanbul dibuka semula kepada pejalan kaki selepas letupan maut pada Ahad yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 81 yang lain, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bangku dialihkan di jalan yang kini dikawal polis.

Suspek yang meninggalkan bom di jalan sesak yang sering dikunjungi pembeli dan pelancong ditahan, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Isnin.

“Berdasarkan penilaian kami suspek mendapat arahan untuk serangan ganas itu daripada Ayn al-Arab di utara Syria di mana PKK/YPG mempunyai ibu pejabat Syrianya, kata beliau.

Pemimpin dunia mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye. – Bernama, 13 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen