Turki lapor kes pertama varian Omicron


Istanbul dan wilayah Izmir dikesan mempunyai varian baharu Covid-19 Omicron. – Gambar EPA, 12 Disember, 2021.

TURKI pada Sabtu melaporkan enam kes pertama Covid-19 varian Omicron.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengesahkan mengenai perkara itu pada sidang parlimen.

Beliau berkata, kes itu dilaporkan di Istanbul dan wilayah Izmir, lapor agensi berita Anadolu.

“Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan,” katanya.

Bagaimanapun, Koca tidak memberikan butiran lanjut bagaimana mereka dijangkiti varian itu. – Bernama, 12 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen