Belanjawan inklusif rentan faktor luaran, kata pakar ekonomi


Raevathi Supramaniam

Belanjawan 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2022.

BELANJAWAN 2023 walaupun relatifnya inklusif, tetap terkesan kepada pengaruh ekonomi global, kata pakar ekonomi.

Mereka berkata walaupun kerajaan menjangkakan pertumbuhan KDNK 4% hingga 5% tahun hadapan, masih wujud faktor luaran mendesak yang diluar kawalan Malaysia.

Dengan defisit fiskal 5.5%, kata mereka lagi, situasi itu agak membimbangkan.

Ahli ekonomi dari Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata belanjawan itu memenuhi harapan kumpulan pendapatan rendah.

“Daripada perspektif objektif, tidak wujud persoalan yang kerajaan perlu menyokong pemulihan dan perlu juga meneliti langkah untuk mengurangkan beban ekonomi kumpulan pendapatan rendah dan rentan. Ini penting dan selaras dengan jangkaan kita,” kata Yeoh kepada The Malaysian Insight.

“Daripada perspektif ekonomi yang dalam laluan pemulihan, secara teorinya mereka perlu menarik balik pelbagai rangsangan dan mengukuhkan kedudukan kewangan dengan mengurangkan defisit. Ini adalah situasi ideal.”

Yeah berkata wujud petanda positif dengan kerajaan kini menyediakan lebih banyak subsidi bersasar berdasarkan jumlah ahli isi rumah.

“Ia lebih bersasar dan adil. Persoalannya sekarang adakah ia mapan,” katanya.

“Lebih banyak usaha perlu dibuat untuk menambah pendapatan mereka. Seperti menyuburkan kemampuan keusahawanan dan tambah baik kemahiran.”

Putrajaya akan memberikan RM2,500 di bawah program Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan sekali edar tertinggi untuk isi rumah dengan lima anak atau lebih, dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Sejumlah RM7.8 bilion diperuntukkan di bawah BKM yang akan memanfaatkan 8.7 juta penerima.

Tambah Yeah lagi, kerajaan juga perlu memperkenalkan lebih banyak langkah untuk mengurangkan defisit fiskal kerana ia lebih tinggi berbanding KDNK.

“Dalam tiga belanjawan lepas, defisit fiskal kita adalah 6%, di atas KNDK, ini adalah agak membimbangkan.

“(Ini bermakna) defisit 2023 dianggarkan RM100 juta yang perlu dibiayai dengan pinjaman.”

Riza basing Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 15 Julai tahun ini adalah AS$107 bilion, jatuh sekitar AS$9.9 bilion pada hujung 2021 dan AS$5.8 bilion pada akhir Mei 2022. Ia mencukupi untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan. – 8 Oktober, 2022.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen