Mahasiswa Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir, kata menteri


Menteri Luar Saifuddin Abdullah mengesahkan mengenai penahanan seorang mahasiswa Malaysia di Universiti Al Azhar, Kaherah. – Gambar Facebook, 18 September, 2022.

SEORANG mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Mesir, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Menerusi satu kenyataan malam ini, Saifuddin mengesahkan susulan penahanan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” tambah kenyataan itu. – Bernama, 18 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen