Bekas pegawai BNS didakwa esok susulan skandal LCS


Kerajaan sudah membayar kos RM6.08 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd tetapi tiada satu pun kapal sudah siap dan diserahkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 15 Ogos, 2022.

SEORANG bekas pegawai kanan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dijangka didakwa esok atas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan, menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengeluarkan laporannya mengenai pembelian LCS kementerian daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd melalui rundingan terus.

Walaupun kerajaan sudah membayar kos RM6.08 bilion, tiada satu pun kapal sudah siap dan diserahkan.

Mengikut jadual asal, lima LCS sepatutnya diserah kepada kementerian bulan ini.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata dalam satu catatan di Facebook kerajaan akan memberi tumpuan untuk meneruskan projek kapal tempur pesisir seperti yang diputuskan oleh Kabinet.

Beliau berkata, rundingan dengan vendor, pengeluar peralatan asli (OEM) dan bank sedang dijalankan. – 15 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen