Angka kematian insiden tembakan Afrika Selatan meningkat 20 orang


Penduduk tempatan melihat salah sebuah bar yang diserang secara rambang oleh beberapa lelaki bersenjata di Soweto, Afrika Selatan. – AFP, 13 Julai, 2022.

ANGKA kematian akibat dua tembakan di sebuah bar di Afrika Selatan yang mengejutkan negara itu hujung minggu lalu  meningkat kepada 20 orang pada Selasa selepas seorang mangsa meninggal dunia di hospital, kata polis pada Selasa.

Kematian terbaharu berlaku selepas kejadian tembakan di sebuah bar di perbandaran Soweto dekat Johannesburg awal Ahad, menyebabkan 16 mangsa terkorban.

Empat lagi maut di sebuah kedai minuman di bandar timur Pietermaritzburg di wilayah KwaZulu-Natal selepas dua lelaki melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelanggan pada Sabtu.

Polis telah menahan dua orang suspek kejadian itu.

Penyiasat sedang berusaha untuk mengenal pasti motif dan menangkap pelaku tembakan Soweto, kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut siasatan awal, beberapa penembak terbabit menggunakan senjata raifal AK-47 ketika melakukan pembunuhan Soweto.

Kes tembakan adalah perkara biasa di Afrika Selatan, yang merupakan antara negara merekodkan salah satu kadar pembunuhan tertinggi di dunia, didorong oleh keganasan kumpulan dan alkohol.

Presiden Cyril Ramaphosa mengecam keganasan hujung minggu iotu dan menyatakan kejadian itu tidak boleh diterima. – AFP, 13 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen