Croatia lapor kes pertama cacar monyet


Cacar monyet sudah mula merebak di negara-negara di luar Afrika dan setakat ini dianggarkan 2,500 kes telah dikesan di 35 negara. – Gambar EPA, 25 Jun, 2022.

HOSPITAL Penyakit Berjangkit Dr Fran Mihaljevic di Zagred, Croatia melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan seorang lelaki yang baru pulang selepas melawat Itali dan Sepanyol.

Lelaki itu tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya menjalani kuarantin kendiri di rumah, lapor Agensi Berita Croatia (HINA), memetik penyiar HRT. 

Cacar monyet sudah mula merebak di negara-negara di luar Afrika, dianggarkan 2,500 kes telah dikesan di 35 negara di setakat ini. – Bernama, 25 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen