SERAMAI 10 biarawati di sebuah biara Djakovo, Croatia dijangkiti Covid-19, kata pengarah Institut Kesihatan Awam, Krunoslav Capak pada Selasa.
Menurut agensi berita Croatia (HINA), mereka dijangkiti selepas dua biarawati kembali dari luar negara dan tidak mematuhi langkah-langkah pencegahan.
Ahli epidemiologi yang berada di lokasi kejadian akan mengenal pasti mereka yang berisiko dijangkiti.
Lebih membimbangkan kerana biara itu dikunjungi hampir 300 orang setiap hari, kata Capak.
“Proses mengenal pasti kontak perlu dilakukan segera untuk membolehkan mereka diasingkan,” tambah beliau.
Menurut laporan awal, biarawati itu mungkin telah mengunjungi Kosovo. – Bernama, 23, 2020.
Komen