GEMPA bumi berukuran 5.3 pada skala Richter melanda ibu kota Croatia, Zagreb, kira-kira 6.30 pagi (0530GMT) pada Ahad dengan kedalaman 10 kilometer, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Gegaran berlaku kurang dari 10 kilometer di utara-timur laut pusat bandar. Croatia, Bosnia Herzegovina, Hungary, Slovenia dan Austria turut merasai gegaran.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda, lapor agensi berita Anadolu. – Bernama, 22 Mac, 2020.
Komen