Croatia siap sedia pusingan ke-2 pilihan raya presiden


Penyokong presiden Croatia Kolinda Grabar Kitarovic meraikan kejayaan di tempat kedua di ibu pejabat di Zagreb. Pusingan kedua pilihan raya presiden akan diadakan pada 5 Januari depan. – Gambar EPA, 23 Disember, 2019.

PRESIDEN baharu Croatia akan dilantik menerusi undian pusingan kedua pada 5 Januari depan, lapor agensi berita Anadolu memetik keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya awal Isnin.

Tiada calon yang memperoleh 50% selepas hampir semua undi dikira dalam pilihan raya yang menyaksikan 11 calon bertanding.

Pengundi akan memilih antara Zoran Milanovic, calon daripada Parti Sosial Demokratik (SDP) dan bekas perdana menteri, yang meraih 29.54% undi pada pusingan pertama.

Beliau berdepan penyandang kerusi Presiden, Kolinda Grabar Kitarovic yang mewakili Parti Bersatu Demokratik (HDZ) yang mengumpul 26.67% undi.

Berdasarkan keputusan pusingan pertama, Miroslav Skoro mendapat 24.44%, Mislav Kolakusic 5.87%, Dario Jurican (4.60%) dan Dalija Oreskovic (2.89%).

Ivan Pernar pula mengumpul 2.31%, Katarina Peovic (1.12%), Dejan Kovac (0.95%), Nedjeljko Babic (0.21%) dan  Anto Djapic (0.15%).

Di Croatia, seramai 3,854,774 pengundi berdaftar dan 51.01 pemilih keluar mengundi pada pilihan raya pusingan pertama, menurut data DIP. – Bernama, 23 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen