POLITIK bukanlah sekadar kepandaian bercakap dan berpidato. Seringkali kita melihat bagaimana masyarakat menghakimi seseorang layak menjadi pemimpin sekiranya petah berkata-kata, bijak menjadikan bahasa sebagai senjata untuk memenangi hati dan minda orang ramai supaya terpengaruh dan kagum akannya.
Atas dasar demikianlah kita melihat perdebatan dan gelanggang berpidato dengan penuh gaya di ruang-ruang legislatif sebagai indikator utama tinggi rendahnya kebolehan seseorang itu diangkat menjadi pemimpin masyarakat.
Komen