Polis lapor satu lagi kes kematian dalam tahanan


POLIS melaporkan kematian dalam tahanan baharu hari ini, menjadikannya kes ke-16 tahun ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Azri Ahmad berkata insiden itu meloibatkan seorang banduan berusia 48 tahun yang ditemui dalam keadaan lemah ketika berada dalam lokap.

“Anggota bertugas lokap memaklumkan bahawa banduan tersebut berada dalam keadaan lemah,” kata Azri dalam satu kenyataan.

Anggota berkenaan menghubungi pihak hospital dan pembantu pegawai perubatan yang mengesahkan kematian banduan tersebut pada 9.35 pagi.

Lelaki berkenaan telah didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia ditahan sementara di balai polis Seri Alam sehingga 10 Mei lalu selepas berdepan hukuman penjara lima bulan pada 27 April lalu.

Bulan lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun yang mengalami sawan di lokap meninggal dunia. Lelaki itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Menurut data polis, Malaysia menyaksikan kematian 176 tahanan pada tahun 2015-2021 dengan rekod 44 daripadanya berlaku pada tahun lepas. – 8 Mei, 2022.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen