KUMPULAN pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas dua siri letupan di bandar Mazar-i-Sharif, Afghanistan pada Khamis, lapor Sputnik, memetik Agence France-Presse (AFP).
Serangan itu menggegarkan Mazar-i-Sharif, di wilayah Balkh pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 13 lagi cedera.
Satu letupan dilaporkan berhampiran kemudahan pendidikan manakala satu lagi siri letupan memusnahkan sebuah kenderaan.
Cawangan Daesh di wilayah Khorasan, telah beroperasi di Afghanistan dan negara jiran Pakistan sejak 2015.
Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan berdarah. – Bernama, 29 April, 2022.
Komen