AMERIKA Syarikat (AS) semalam berjanji akan menyokong Mozambique selepas serangan meragut nyawa yang berpanjangan di bandar utama Palma oleh militan yang dikaitkan dengan Daesh.
Jurucakap Pentagon John Kirby berkata AS tetap komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Mozambique bagi memerangi keganasan dan ekstremisme ganas dan mengalahkan IS.
“Kami mengecam serangan pengganas di Palma.
“Serangan-serangan ini menunjukkan pengabaian sepenuhnya terhadap kesejahteraan dan kemanan penduduk setempat yang menderita akibat taktik kejam dan tanpa diskiriminasi pengganas,” katanya.
Kirby enggan memberikan maklumat lanjut mengenai bagaimana AS bekerja untuk membantu Mozambique menentang pengganas.
John Godfrey, utusan utama AS dalam memerangi kumpulan IS berkata, serangan itu sesuai dengan taktik pengganas.
“Hanya kekejaman dari peristiwa di sana, pembunuhan orang awam yang mengerikan, adalah sesuatu yang kita lihat di tempat lain dalam serangan,” katanya kepada wartawan menjelang pertemuan maya yang dijadualkan pada Selasa.
Godfrey berkata terdapat juga “keganasan yang meningkat” dalam kalangan pejuang-pejuang IS di Mozambique yang pada awalnya melakukan “serangan dan lari”.
Godfrey berkata seorang warganegara AS diketahui terperangkap dalam pertempuran itu dan berjaya diselamatkan.
Menurut IS dan pihak berkuasa, puluhan orang terbunuh dalam serangan yang disifatkan saksi sebagai terancang dan ramai lagi yang masih hilang. – AFP, 30 Mac, 2021.
Komen