Akibat campur tangan politik, pasukan bola sepak Selangor, yang digeruni dalam sejarah Piala Malaysia, dengan rekod 33 kali menjulang piala berprestij itu, kini terpaksa menumpang di Stadium Bola Sepak Cheras, selepas sekali lagi untuk musim 2018 ini tidak mendapat kebenaran bermain di Stadium Shah Alam sebagai gelanggang sendiri. – Gambar laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor, 13 Februari, 2018.
KEMELUT penggunaan Stadium Shah Alam oleh pasukan bola sepak Selangor yang berlarutan sejak sekian lama kini terheret jadi isu politik apabila Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan stadium itu akan membuka pintunya kepada pasukan negeri itu jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Isu ini sebelumnya memang terlihat sebagai isu politik kerana dua pihak yang bertelagah mewakili dua parti politik yang berbeza, dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dikuasai oleh pemimpin yang dekat dengan BN.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!
Komen