DEWAN Parlimen Chile pada Khamis meluluskan cadangan Presiden Sebastian Pinera untuk melanjutkan darurat di wilayah selatan negara itu buat kali kelapan berturut-turut berikutan peningkatan kadar jenayah dan serangan ganas terhadap pasukan keselamatan, lapor Sputnik.
“Dewan Senat telah meluluskan cadangan presiden Republik untuk melanjutkan darurat di wilayah Biobio, Arauco, Cautin, dan Malleco selama 15 hari,” kata dewan itu dalam ciapan Twitter.
Keadaan darurat di wilayah yang mempunyai kira-kira 2 juta penduduk itu akan berkuatkuasa sehingga 9 Februari.
Di bawah keadaan darurat, pihak berkuasa negara itu boleh menempatkan unit tentera di wilayah itu dan menyokong penguatkuasa undang-undang dalam menjaga ketenteraman awam dan memerangi jenayah.
Langkah-langkah itu mula berkuatkuasa di wilayah itu sejak pertengahan Oktober 2021. – Bernama, 27 Januari, 2022.
Komen