Senat Chile enggan dakwa presiden berhubung pendedahan Kertas Pandora


Senat Chile gagal untuk mendakwa Presiden Sebastian Pinera berhubung pendedahan Kertas Pandora selepas undian untuk menuduhnya cuma mendapat 24 sahaja. Dewa memerlukan 29 undian untuk dakwa Pinera. – Gambar EPA, 17 November, 2021.

SENAT Chile hari ini menolak untuk mendakwa Presiden Sebastian Pinera berhubung perjanjian perniagaan yang didedahkan oleh Kertas Pandora, enggan bersama-sama dengan dewan kongres untuk buka tuduhan terhadapnya.

24 undi menyokong untuk dakwa, 18 menentang dan satu berkecuali. Mereka yang mengundi untuk mendakwa presiden kaya itu dengan rasuah memerlukan sekurang-kurangnya 29 undi.

Ini bermakna kes itu ditutup, tanpa hukuman terhadap Pinera berhubung penjualan kontroversi sebuah syarikat perlombongan pada 2010 ketika beliau berkhidmat untuk penggal pertama.

Kertas Pandora mengetengahkan transaksi luar pesisir melibatkan tokoh politik utama di seluruh dunia.

Ia mengaitkan Pinera dengan penjualan sebuah syarikat perlombongan bernama Dominga, melalui syarikat milik anak-anaknya, kepada ahli perniagaan Carlos Delano, kawan rapat presiden, dengan harga AS$152 juta.

Kertas Pandora mendedahkan sebahagian besar operasi itu dijalankan di Kepulauan Virgin British.

Pembangkang Chile berkata Pinera mendapat manfaat kepada diri dan keluarganya dengan penjualan itu melalui maklumat yang beliau miliki semasa pegang jawatannya.

Ia berkata penglibatan Pinera telah menaikkan harga jualan.

Dewan Timbalan mengundi minggu lalu untuk membuka prosiding dakwaan.

Pinera, salah seorang lelaki terkaya di Chile, menafikan sebarang salah laku dan berkata beliau telah dibersihkan dalam siasatan 2017 mengenai transaksi itu.

Ia merupakan kes mendakwa kedua yang dibawa ke atas Pinera, selepas percubaan yang tidak berjaya untuk memecatnya daripada jawatan pada 2019 berhubung tindakan keras yang kadang-kadang kejam terhadap penunjuk perasaan yang marah atas jurang meluas antara kaya dan miskin di Chile. – AFP, 17 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen