9 maut bas mini bertembung trak di Chile


SEBUAH bas mini bertembung dengan sebuah trak di tengah Peumo, Chile mengakibatkan sembilan orang maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan itu, lapor Sputnik.

Mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, lapor penyiar 24Horas, sambil menambah kejadian itu berlaku pada lewat Rabu.

Perlanggaran berlaku sama ada kerana salah satu daripada kenderaan itu gagal dikawal atau pemandunya terlelap. – Bernama, 30 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen