Doktor beri khidmat perubatan percuma untuk mangsa banjir


Elill Easwaran

Pasukan perubatan daripada platform kesihatan digital DoctorOnCall dan ePink Health memberikan bantuan perubatan percuma kepada mangsa banjir di beberapa negeri. – Gambar ePink Health, 11 Januari, 2022.

DOKTOR daripada platform kesihatan digital DoctorOnCall dan ePink Health memberikan bantuan perubatan percuma kepada mangsa bencana banjir baru-baru ini di beberapa negeri.

Doktor berkenaan merawat lebih 2,000 pesakit setakat ini, sementara turut menampung kos ubat dan ujian saringan sama ada ditanggung sendiri atau menerusi sumbangan.

Pasukan perubatan ini melakukan lawatan dari rumah ke rumah di zon teruk terjejas banjir, selain membuat pondok perubatan.

Pengarah dan pengasas bersama DoctorOnCall Hazwan Najib memberitahu The Malaysian Insight mereka dapat memberikan bantuan kepada kira-kira 250 pesakit di kawasan banjir.

Selain itu, mereka mengendalikan lebih 500 pesakit menerusi laman web.

Hazwan berkata ubatan dengan maksimum RM80 turut diberikan kepada pesakit mengikut arahan dan budi bicara doktor.

Katanya, mereka pada awalnya menggunakan dana sendiri tetapi selepas beberapa minggu, mereka bekerjasama dengan Pharmaniaga and Global Science Sdn Bhd yang menaja ubat serta ujian saringan denggi dan influenza.

Hazwan berkata mereka menghantar tiga doktor, dua jururawat dan 10 staf sukarelawan di Puchong, Karak, Lanchang dan Mentakab sejak banjir berlaku.

DoctorOnCall ialah platform pertama konsultasi perubatan secara atas talian yang ada di negara ini, menggabungkan video dan akses suara doktor pakar dan penyedia penjagaan kesihatan lain.

Sementara itu, pengasas dan CEO ePink Health Dr Suthan Kaveri berkata mereka menyediakan bantuan perubatan percuma kepada lebih 2,000 mangsa banjir.

“Kami mempunyai kira-kira 23 doktor yang terbabit dalam program bantuan banjir, termasuk fisioterapi, dua ahli farmasi, dua jururawat dan seorang pakar pskitriarik.

“Kami bersyukur ada ramai penderma membiayai program kami yang sekaligus dapat membantu ramai mangsa daripada segi bekalan perubatan,” katanya.

Pasukannya dihantar ke to Taman Sri Muda, Hulu Langat, Karak, Cendrawasih dan Mentakab di mana mereka melakukan lawatan rumah ke rumah selain tempat rawatan sementara.

Katanya, dalam tempoh beberapa hari akan datang pasukannya akan fokus kepada membantu mangsa banjir di Mentakab. – 11 Januari, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen