Mahkamah Austria denda doktor tersilap potong kaki pesakit


Kesilapan disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan pada Mei lalu. – Gambar EPA, 2 Disember, 2021.

SEORANG doktor di Austria didenda kerana tersilap memotong kaki salah seorang pesakit lelaki warga emas, kata jurucakap mahkamah di bandar Linz semalam.

Pakar bedah berusia 43 tahun itu memberitahu mahkamah kesilapan itu tidak disengajakan.

Hakim bagaimanapun mendapati doktor terbabit bersalah kerana cuai dan menjatuhkan hukuman denda 2,700 euro (AS$3,060), kata jurucakap itu.

Doktor itu tersilap menanda kaki seorang pesakit berusia 82 tahun dalam satu pembedahan pada Mei. Kesilapan disedari dua hari selepas pembedahan dijalankan.

Mahkamah turut menganugerahkan ganti rugi 5,000 euro kepada balu pesakit berkenaan, yang meninggal dunia sebelum kes dibawa ke mahkamah. – AFP, 2 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen