DUA orang maut selepas bot laju yang membawa 23 pendatang karam di luar pantai Cuba, kata kementerian dalam negeri semalam.
Mayat dua lelaki ditemui manakala dua remaja bawah umur, tujuh wanita dan 12 lelaki lain berjaya diselamatkan, kata kementerian dalam satu kenyataan.
Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Santa Cruz del Norte di Mayabque, wilayah bersempadan dengan Havana.
Pencarian “kemungkinan orang hilang” diteruskan pada Sabtu.
Mei lalu, dua pendatang Cuba maut dan 10 yang lain dilaporkan hilang di laut ketika mereka cuba sampai ke pantai Florida di Amerika Syarikat. – AFP, 12 Disember, 2021.
Komen