PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) Gambia, Alieu Momar Njie pada Ahad mengisytiharkan Ketua Parti Rakyat Nasional (NPP) Adama Barrow sebagai pemenang pilihan raya presiden yang diadakan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Barrow memperoleh 457,519 undi, kira-kira 53 peratus daripada jumlah undi. Beliau menewaskan pencabar utamanya Ousainu Darboe dari Parti Demokratik Bersatu (UDP) yang mengumpul 238,253 undian.
Barrow pertama kali dipilih sebagai Presiden Gambia pada 2016 semasa mengetuai gabungan tujuh parti politik dan beberapa calon bebas, menewaskan pendahulunya Yahya Jammeh. Jammeh kini tinggal dalam buangan di Equatorial Guinea.
Menjelang pemilihan semulanya, Barrow dalam kempennya berjanji untuk menambah baik pertanian dan pembangunan infrastruktur di negara itu. – Bernama, 6 Disember, 2021.
Komen