SEORANG bekas ratu cantik Gambia semalam menuduh bekas presiden Yahya Jammeh merogolnya selepas wanita itu menolak pinangannya.
“Dia kata mahu beri pengajaran pada saya, dia menunjukkan egonya.
“Dia kata ‘awak fikir awak ini siapa?’, dan dia adalah presiden jadi dia boleh dapat siapa sahaja yang dia mahu,” Fatou Jallow memberitahu Reconciliation and Reparations Commission (TRRC) di Gambia.
Jammeh melarikan diri dari Gambia pada Januari 2017 selepas kalah dalam pilihan raya. Beliau pada awalnya enggan meletak jawatan.
Jammeh jadi presiden selepas rampasan kuasa pada Julai 1994 dan dipilih semula sehingga kalah kepada Adama Barrow pada Disember 2016.
Selepas negara-negara Afrika Barat lain campur tangan ekoran keengganannya meletak jawatan, Jammeh melarikan diri Equatorial Guinea. – AFP, 1 November, 2019.
Komen