SEORANG lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas sebuah bas di Kosovo yang membawa pelajar sekolah menyebabkan tiga maut termasuk pemandunya, kata polis.
Seorang lagi pelajar berusia 14 tahun cedera tetapi berada dalam keadaan stabil, kata ketua hospital tempatan berhampiran Skender Dreshaj kepada saluran televisyen RTK milik kerajaan.
Menurut media tempatan penembak berkenaan memakai topeng dan membawa AK-47.
Bas itu penuh sesak dengan kanak-kanak yang pulang dari sekolah, kata Ketua Kampung Gllogjan Mustafa Selmani kepada RTK.
Motif tembakan itu masih tidak diketahui.
Presiden Kosovo Vjosa Osmani mengecam serangan itu dan meminta polis untuk mencari suspek secepat mungkin dan membawa mereka ke muka pengadilan.
“Menyerang bas dengan pelajar adalah satu tamparan kepada keselamatan dan ketenteraman kami,” kata Osmani menerusi Facebook. – 27 November, 2021.
Komen