PM Kosovo positif Covid-19


Avdullah Hoti semalam mengesahkan beliau positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin 14 hari. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2020.

PERDANA Menteri Kosovo Avdullah Hoti semalam mengesahkan beliau positif Covid-19 dan akan menjalani kuarantin 14 hari.

“Keputusan ujain Covid-19 saya positif,” umum Hoti di Facebook.

Beliau berkata akan menjalankan tugas sepanjang menjalani kuarantin 14 hari di rumah.

“Saya tidak mengalami gejala lain kecuali batuk-batuk ringan, tambah Hoti yang baru pegang jawatan pada awal Jun.

Kosovo, antara negara termiskin di Eropah, melaporkan lonjakan kes Covid-19 sejak Jun.

Sehingga kini hampir 9,000 kes jangkitan dengan 249 kematian dicatatkan di negara yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta orang itu.

Akhir bulan lalu, menteri Kabinet, Salko Bukvarevic meninggal dunia akibat Covid-19. – AFP, 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen