Bicara kes jenayah perang Kosovo bermula September


Konflik Kosovo tercetus apabila wilayah itu keluar daripada kawalan Serbia, mengorbankan lebih 13,000 nyawa. – Gambar AFP, 20 Jun, 2021.

PERBICARAAN jenayah perang melibatkan bekas ketua pemberontak Kosovo Salih Mustafa akan diadakan pada September, umum mahkamah pada Sabtu.

Mustafa, bekas komander Tentera Pembebasan Kosovo (KLA) akan menjadi orang pertama dibicarakan Kamar Hakim Pakar Kosovo, yang turut mendakwa bekas presiden Kosovo Hashim Thaci.

Mustafa didakwa kerana membunuh tahanan, penyiksaan dan layanan kekerasan melibatkan sekurang-kurangnya enam tahanan awam, serta penahanan tanpa sebab semasa konflik saudara 1998-1999.

Perbicaraanya dijadualkan pada 15 September dengan saksi pertama akan memberi keterangan pada 20 September.

Konflik Kosovo tercetus apabila wilayah itu keluar daripada kawalan Serbia, mengorbankan lebih 13,000 nyawa.

Kamar Hakim Pakar Kosovo yang berpangkalan di The Hague ditubuhkan pada 2015 untuk menyiasat kekejaman KLA, yang berjuang mendapatkan kemerdekaan Kosovo dari Serbia.

Kamar itu menggunapakai undang-undang Kosovo tetapi terdiri daripada hakim antarabangsa yang mengendalikan kes jenayah perang didakwa berlaku sepanjang konflik dengan mangsanya terdiri daripada orang Serbia, Roma dan musuh tentera pemberontak Kosovo. – AFP, 20 Jun, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen