Turki kecewa Kosovo iktiraf Israel


Kosovo akan menghantar dutanya ke Israel di Jerusalem sebagai ganti pengiktirafan dari Israel, tindakan itu tidak dipersetujui Turki. – Gambar EPA, 6 September, 2020.

TURKI mengzahirkan kekecewaan selepas keputusan Kosovo yang mengiktiraf Israel, sedangkan negara itu memiliki penduduk majoriti Muslim.

Sebagai sebuah negara yang lantang menyokong perjuangan Palestin, Turki menjadi salah satu negara pertama yang mengiktiraf Kosovo, selepas negara itu mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia pada tahun 2008.

“Bahkan kerajaan Kosovo yang mengambil langkah sedemikian adalah merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas, ia mengecewakan,” kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan.

Kementerian memohon pimpinan kerajaan Kosovo untuk menghindari langkah-langkah seperti itu kerana ia boleh membahayakan status hukum Jerusalem.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Jumaat berkata bahawa Serbia akan menjadi negara Eropah pertama yang kan memindahkan kedutaannya ke Jerusalem.

Kosovo juga akan menghantar dutanya ke Israel di Jerusalem sebagai ganti pengiktirafan dari Israel, kerana ia kini sedang berusaha untuk mengesahkan status kenegaraannya.

Keputusan itu diumumkan selepas AS menjadi pihak tengah yang cuba mendamaikan kedua-dua negara Balkan yang saling memusuhi itu.

Dalam satu kenyataan berasingan pada Sabtu, Kementerian Luar Turki berkata bahawa pihaknya “sangat bimbang” dengan tindakan Serbia tersebut.

Israel menguasai Jerusalem Timur pada tahun 1967 dan kemudian menerapkan kawalannya dengan beberapa siri pencerobohan yang tidak pernah diakui masyarakat antarabangsa.

Amerika Syarikat pada bulan Disember 2017 mengakui Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar itu, sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Palestin. – AFP, 6 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen